TENTANG KAMI

Kami terdiri daripada 4 orang ahli...


SYAHRIR RIZWAN BIN YAHYA
L20112007423
ASAL: BALAKONG, SELANGOR.




NORIAH BT SHA'ARANI
L20112007421
ASAL:  KAJANG, SELANGOR




NURAZWANI BT MOHD YUSOFF
L20112007182
ASAL : TUMPAT, KELANTAN




WAN SUMARNI BT WAN SALLEH
L20112007428
ASAL : BACHOK, KELANTAN


~~Sekalung Penghargaan kepada tutor kami~~
EN. SALMAN FIRDAUS
atas tunjuk ajar sepanjang semester ini..=)

PETUA PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua untuk menjadi pelajar cemerlang..


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    • Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
    • Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  3. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
    • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  4. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  5. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  6. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  7. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

  8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  12. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  13. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  14. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  15. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  16. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  17. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  18. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

  19. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  20. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  21. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  22. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  23. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  24. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  25. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  26. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  27. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  28. Pelbagaikan tempat belajar.
  29. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  30. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  31. Ciri-ciri pelajar cemerlang
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

GALERI FOTO

SUNGAI KRISTAL
Macarena, Colombia




Sungai Kristal di Macarena, Colombia
Nama diberi Cano Cristales- Sungai Kristal. Wujud di Selatan rantaian Gunung di Macarena, Colombia dan terus mengalir hingga ke Sungai Guayabero.














Apa yang menariknya..sungai ni lawa dan tercantik kerana mempunyai lima warna unik 
Kuning, Biru, Hijau, Hitam dan Merah...

Rupanya kita ni kerdil je dan tak lawa seperti sang Pencipta yang mencipta kan Sungai Kristal terlawa dan tercantik di dunia.




SUNGAI SEDIM
Kulim, Kedah



































KUIZ



View more PowerPoint from azuwanie_wz

NOTA

Pencemaran sungai ialah:


Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.


Antara kegunaan sungai termasuklah

1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik

2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)

3. Perindustrian

4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk
pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan
termasuklah akuakultur ikan air tawar.

5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan
ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain

6. Rekreasi( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan)
Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai
Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untuk
melihat keindahan sepanjang sungai.Alangkah indahnya...


7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan,
Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang
domestik


Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:
  1. Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
  2. Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot. 
  3. Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
  4. Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
  5. Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
  6. Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
  7. Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
  8. Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
  9. Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.

Antara peranan orang ramai ialah: 
  1. Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
  2. Jimatkan penggunaan air.
  3. Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
  4. Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
  5. Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
  6. Amalkan konsep kitar semula
  7. Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
  8. Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
  9. Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
  10. Gunakan baja organik yang mesra tanah 
  11. Jelaskan bil air pembentungan
  12. laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.









Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk.Gambar memperlihatkan begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!









Sungai Hulu Langat (kiri) tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang(kanan) dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah
  1. Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
  2. Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat 
  3. Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
  4. Di Sabah seperti sungai Menggaris
Kongsi-kongsilah pendapat anda dengan saya terutama jika terdapat sungai yang tercemar berhampiran tempat tinggal anda... 








VIDEO SUNGAI

Lagu Pencemaran Sungai
oleh Syahrir Rizwan




Mari Berkaraoke




    

SUNGAI BAWAH LAUT
Cenote, Angelita, Mexico.










SUNGAI PISANG





SUNGAI SEDIM, KULIM KEDAH






PENCEMARAN SUNGAI KLANG



ELAKKAN PENCEMARAN SUNGAI


KISAH SUNGAI DALAM LAUT

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR

&

SUNGAI DALAM LAUT





 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau.  Dia  seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.  Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. 

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.  Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.  Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. 

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu.  Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .   Ayat itu berbunyi,   

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)   
     
Maksudnya:  Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)   


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.  Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,   

Maksudnya:  Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)    

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai. 

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.  Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat.  Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.  Justeru itu, dia lalu memeluk Islam. 
 
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.  Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. 

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”.  Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.” 
 
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico .  Disana ada sebuah gua.  Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.   



Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
    

    
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
 (Al-Rahman 55: 13) 

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)

Nota: 
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.